Perihal KolesterolKolesterol adalah lemak. Kolesterol yang penting kita ketahui ada dua jenis: Low Density Lipoprotein (LDL) dan High Density Lipoprotein (HDL). LDL yang berlebihan boleh menyebabkan saluran darah kita tersumbat. Ini boleh mengakibatkan berbagai jenis penyakit jantung dan juga angin ahmar.
HDL adalah kolesterol yang baik. HDL boleh "memungut" dan "membuang" LDL yang berlebihan dari saluran darah. Oleh yang demikian, kita perlukan HDL yang mencukupi dalam darah kita. Bahaya GulaKawalan ke atas kolesterol perlu dilakukan bersama kawalan ke atas gula, samada dari gula yang diproses atau dari karbohidrat (beras, tepung dan lain-lain). Gula yang berlebihan dalam badan akan menybabkan badan mengeluarkan insulin dengan banyak. Bila banyak insulin dalam darah secara berterusan, saluran darah boleh cedera. Ini akan menyebabkan saluran daran membina lapisan selaput baru untuk menutup kecederaan. Bila banyak lapisan selaput baru telah wujud, saluran darah akan menjadi sempit, mengakibatkan darah tinggi dan sakit jantung. Kurangkan gula!! Gantikan gula dengan madu, manisan buah, stevia dan sebagainya. |
Mengurangkan KolesterolKolesterol boleh dikurangkan dengan mengubah apa yang dimakan. Kurangkan makanan yang tinggi LDL dan tingkatkan makanan yang boleh membantu mengurangkan LDL atau meningkatkan HDL. Makanan yang mengandungi LDL tinggi termasuk otak lembu, kuning telur, telur ikan, mentega, tiram, segala jenis udang dan sotong, ketam krim dan keju. Makanan yang kurang LDL termasuk bijirin dan kacang, buah-buahan, putih telur, susu tanpa lemak (skimmed milk) dan yogurt. Makanan yang mengandungi LDL pada tahap sederhana termasuk ayam (tanpa kulit), ikan dan daging (tanpa lemak). Di antara makanan yang boleh mengurangkan kolesterol ialah oats, barley, kekacang, teh hijau, minyak yang mengandungi lemak tak tepu, sayur-sayuran dan koko (cokolat mengandungi koko, tapi berhati-hati dengan kandungan gula dalam coklat). Satu kajian dalam tahun 2011 menunjukkan bahawa tomato boleh mengurangkan LDL sebanyak 5% hingga 10%. Di antara makanan yang boleh meningkatkan tahap HDL ialah kekacang (seperti badam, kacang tanah, walnut, pecan, hazelnut dan sebagainya), minyak ikan (ambil dengan makanan, atau makan ikan kembung, salmon, tuna atau halibut), minyak zaitun dan avocado. Cara Mudah Mengurangkan KolesterolBagi saya, cara yang paling mudah untuk mengurangkan LDL ialah: amalkan meminum air oats yang dah hancur, seperti Biogrow G22, amalkan memakan sedikit badam atau lain-lain kekacang setiap hari dan makan kapsul minyak ikan selepas makan. |
Pengalaman sendiriSaya telah membuat ujian darah pada 12 November 2013. Hasil ujian darah itu, antara lain, menunjukkan bahawa tahap kolesterol saya sangat tinggi. Hasil ujian darah itu adalah seperti berikut:
Mulai 18 November 2013 saya mengubah pemakanan: Minum Herbalife Formula 1 (nutrition) dan Formula 3 (protein) bercampur oats untuk sarapan dan makan malam, dan memakan sedikit nasi dan lauk, serta banyak sayuran, untuk makan tengah hari. ![]() Formula 1, Formula 3 dan Oats. Saya telah mengambil ujian darah sekali lagi 12 hari kemudian, pada 30 November 2013. Hasilnya seperti berikut:
Hasilnya:
|